Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Terima Seadenye

Wednesday, 12 October 2011

Menadah Kasih..Rindu Padamu YA ALLAH SWT..Ya RABBI..

Bismillahirahmannirahim..
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia sebagai kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai…” ~Amin
 Kembali Z menatapi ruang utk dkongsikan ape yg terlintas dkotak pikiran Z agar dpt dtitipkan utk djadikan panduan kite ke arah keTENANGan..Tau Kah kite artinye CINTA??telalu byk tafsiran yg bisa kite ungkaikan dn kaitkan akan artinye CINTA..CINTA kite pada sesame manusia, alam, dn sebagainye, Kite dan Z sendiri tidak pernah lari dari perasaan CINTA itu..CINTA yg akan Z perhebatkan inie bukan sesame manusia maupon ape yg ade dlm Dunia yg Indah Ciptaannye yg ESA..
CINTA yg nk Z perkayaan adalah CINTA & RINDU la kite padanye Yg ESA Allah SWT "Apabila engkau memohon kepada Allah, maka mohonlah kepadanya Syurga Firdaus. Sesungguhnya ia (adalah) Syurga yang paling utama dan paling tinggi. Di atasnya terdapat ‘Arasy Allah yang Maha Pengasih...”Amin
Perjalanan kehidupan yang dilalui banyak mengajar erti cinta kepada kita. Hubungan cinta sesama insan yang meminta balasan biasanya akan berakhir dengan kebencian apabila balasan yang diharapkan itu tidak diperolehi. Suami isteri yang saling cinta menyintai akan berubah menjadi saling membenci jika ada penyelewengan daripada salah seorang yang curang. Begitu juga antara sahabat yang berkasih sayang, setiap kesalahan demi kesalahan dalam perhubungan mereka akan menjadi dendam yang mencalari hati masing-masing. Cinta anak kepada ibu bapanya sedikit sebanyak akan terhakis kerana komitmen yang harus diberi kepada isteri dan anak-anak. Tragedi demi tragedi yang menyimpan kepiluan di hati kerana kehilangan cinta membuat hamba yang beriman sedar bahawa cinta yang abadi hanya kepada Allah SWT. Dia tidak pernah sekalipun meninggalkan kita bersendirian, Dia sentiasa mendengar dan memerhati segala gerak bahkan lintasan hati manusia. Kerana cinta-Nya, kita hidup untuk menikmati keindahan dan kurnia kebahagiaan. 
 Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:
”Sesungguhnya Allah SWT mempunyai seratus rahmat dan Dia menurunkan satu rahmat untuk jin, manusia, binatang dan serangga. Dengan satu rahmat itu semua makhluk saling menyayangi dan binatang buas mempunyai rasa kasih sayang terhadap anaknya. Adapun rahmat yang sembilan puluh sembilan lagi, Allah menyimpannya untuk diberikan pada hari kiamat sebagai wujudnya rasa sayang terhadap hamba-hamba-Nya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Cinta kepada Allah bukan hanya menjanjikan kebahagiaan. Ia juga akan melahirkan peribadi yang memiliki kekuatan dan keberanian yang maha hebat dalam menghadapi ujian di dunia. Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:
”Apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka.”
Sebagaimana Ibrahim AS yang meredah lautan api, Muhammad SAW pula hidup dikelilingi musuh yang mahu membunuhnya. Para sahabat baginda rela bertaruh nyawa demi cinta kepada Rabbul ’Alamin. Sejarah telah mencatatkan kata-kata sakti seorang sahabat Rasulullah SAW, Mush’ab bin Umair ketika dipaksa untuk meninggalkan agama Allah SWT oleh bondanya yang hendak membunuh diri untuk memaksanya murtad. Beliau berkata: ”Wahai ibu, jika ibu memiliki seratus nyawa sekalipun, dan nyawa itu keluar dari jasadmu satu persatu aku tetap beriman kepada Tuhanku.” Begitulah jika Al-Rahman telah mencurahkan cinta-Nya pada seorang insan. Mush’ab mengajar kita untuk meninggikan cinta kepada Allah pada darjat tertinggi melebihi dari yang lain. Ada tiga cara yang telah dilalui oleh orang-orang pilihan Allah untuk mendapatkan cinta-Nya yang abadi.

Menyucikan Hati.
Pandangan Allah SWT jatuh pada hati kita. Jika anda mahukan pandangan rahmat-Nya maka bersihkanlah hati. Rasulullah SAW bersabda:
”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badanmu dan tidak pula kepada rupa parasmu, tetapi Dia memandang kepada hatimu dan amalanmu.”(Hadis riwayat Muslim)
Hati yang suci dari dosa dan maksiat berhak mendapatkan cinta Allah. Dari hati seperti inilah akan lahir amal perbuatan yang baik. Jika anda berasa malas beribadat atau ragu-ragu melakukan ajaran agama, itu adalah tanda hati anda tidak sihat. Dalam bermuamalah dengan manusia, elakkan menyimpan dendam dan dengki serta penyakit-penyakit hati yang lain. Kesimpulannya, hati yang suci dan sihat adalah hati yang selamat apabila berhubungan dengan Allah dan juga dengan sesama manusia. Firman Allah SWT:
”Akan ditimpa kehinaan kepada kamu manusia di mana saja kamu berada melainkan mereka menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia. (Surah Ali Imran: Ayat 112).
Milikilah cinta Ilahi dengan berkasih sayang kepada sesama manusia. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis qudsi: Allah SWT berfirman:
”Sesungguhnya cinta-Ku adalah bagi orang-orang yang saling mencintai kerana mengharap keredaan-Ku.” (Hadis riwayat Imam Malik dalam al-Muwattha’ dengan sanad yang sahih)
Sentiasa dekat dengan-Nya.
Apabila cinta sudah jatuh di hati yang bersih, maka ingatlah kepada-Nya di mana saja anda berada. Tumpuan perhatian-Nya ada pada diri kita. Keagungan Allah SWT sentiasa menjadi lamunan dan sumber inspirasi. Nama-Nya melakar fantasi akal dan menghias keindahan pada mimpi dan realiti. Allah SWT hadir pada setiap gerak langkah, ibadah bertambah khusyuk dan perbuatan baik kepada sesama manusia semakin tulus. Apa saja yang dilakukan adalah demi keredaan-Nya. Janji-janji sentiasa disanggupi dengan keikhlasan, baik buruk keadaan semuanya dijalani dengan kerelaan kepada sang kekasih Rabbul ’Izzati.
Rasulullah SAW bersabda:
”Allah berfirman, Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku sentiasa bersamanya selama ia mengingati-Ku. Demi Allah. Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya melebihi gembiranya seseorang di antara kalian yang menemukan kembali barangnya yang telah hilang di tengah padang pasir. Barangsiapa yang mendekat pada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepada-Nya sehasta, barangsiapa yang mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa dan apabila ia datang kepada-ku berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ingatan dan pujian kepada Allah SWT belumlah cukup untuk menunjukkan kebenaran cinta kita. Ada satu syarat yang mesti dilakukan agar kita sentiasa berdamping dengan-Nya. Sepertimana sabda Rasulullah SAW; Allah SWT berfirman:
”Tidak ada yang paling Aku sukai daripada amalan hamba-Ku iaitu apabila ia mengerjakan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan seseorang yang sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunnat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku adalah pendengaran yang dengannya ia mendengar. Dan penglihatan yang dengannya ia melihat, Akulah tangannya yang dengannya ia meraih sesuatu dan Akulah kakinya yang dengannya ia berjalan. Apabila ia memohon kepada-Ku nescaya Aku mengkabulkannya dan jika ia berlindung kepada-Ku Aku pasti melindunginya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Kedudukan seseorang di sisi Allah SWT bergantung dengan ibadat yang dilakukannya dengan ikhlas, semakin banyak ia beramal semakin kasih Allah SWT kepadanya. Jika kita bersedih kerana kurang merasai cinta Allah SWT dan semakin jauh dari rahmat-Nya mungkin kerana kualiti ibadat kita telah merosot oleh kesibukan dunia dan lalai yang berpanjangan. Perbaikilah diri dan kembalilah merapatkan diri kepada Allah SWT dengan ibadat wajib dan sunnat.
Setia Pada Kata Janji
Cinta yang tidak pernah berubah hingga ke akhir hayat adalah cita-cita setiap pasangan yang berkasih. Setiap ujian mampu diharungi dengan sabar. Begitu juga pembuktian cinta kepada Allah SWT yang menagih pengorbanan hamba-hamba-Nya. ”Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Penguasa alam semesta.” Janji ini menjadi penawar di hati seorang hamba, reda meredah setiap ujian kehidupan atas nama qadha dan qadar-Nya. Firman Allah SWT:
”Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Cinta kepada-Nya tidak pernah luntur dalam setiap keadaan, susah atau senang sentiasa setia dengan janji yang diikrarkan hingga kembali kepada-Nya. Hayatilah doa di bawah ini, semoga kita semua dikurniakan cinta yang sejati di dunia dan akhirat.
 “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia sebagai kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk di saat kehausan. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-malaikat-Mu, rasul-rasul-Mu dan hamba-hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu.”

(Hadits Al-Tirmidzi dalam Jami’ al-Sahih, Rasulullah SAW bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud AS)
****Ya Allah SWT..SUngguh InDah GanjAranye PahaLa MenyiNtaimu daN MerInduimu****

Monday, 10 October 2011

SEMUGA KALIAN BERJAYA SEADANYE!!! AMEEN

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM..
"DENGAN NAMAMU YA ALLAH..KU PANJATKAN DOA AGAR DBERIKAN CAHAYA KESEMPURNAAN BUAT PELAJAR2 YANG BAKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN AGAR MEREKA BERANI MENEMPUH SEGALE SOALAN DGN PENOH KEREDHAAN DARIMU..UNTUK MEREKA BERHADAPAN DGN UJIANMU DUNIA & AKHIRAT..AMEEN."
Tiada ape yg nak dkatekan lagi..cukup sekadar senyuman & titisan airmata kegembiraan dari kedua IBUBAPA kite yg hanye inginkan putra putri mereka berjaya utk dunia @ akhirat..InsyaALLAH..
 Coretan Z kali inie adalah mengupas sedikit sejarah perjalanan sewaktu peperiksaan yg tidak dlm keadaan sedia.pabila dmane segalenye kecewa sewaktu keputusan dkuarkan..Menyesal tiade begune, hanye tekadkan niat utk memajukan diri agar usaha selepas inie tidak akan mengecewakan diri dn ibubapa yg dkasihi..suka disini utk dkongsikan sedikit tips sebelom dn sesudah menghadapi peperiksaan..Selamat Maju Jaya Buat Adik2ku yg telah menduduki peperiksaan UPSR baru2 nie.. .insyaAllah, jika ade usaha dlm jiwa pasti akan membuahkan hasil yg sungguh indah buat family n sahabat handai.. .Kini bersedia pulak pelajar2 PMR@SPM@SPTM utk meneruskan semangat juang dlm mengejar apa yg kalian impikan utk diri sendiri maupon family n teman sekeliling..jika inginkn kejayaan yg sempurna, jejaki la keindahan mengenal diri dn panjatkn doa agar memperolehi KEJAYAAN..insyaALLAH..dsini Z cube rungkaikan sedikit perkongsian yg boleh menambahkn penambahbaikan senjata utk menghadapi juang peperiksaan yg akan menentukn perjalanan hidup akan INDAH..muga dpt manfaat akan perkongsiaan inie.. .Ameen
Mungkin musim cuti ini ada sekolah membuat kelas tambahan, gerak gempur, bengkel dan sebagainya. Selain itu, ada juga yang menghadiri tusyen sebagai persediaan dan persiapan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Apapun gunakan masa cuti yg ade sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran supaya masa tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Dsaat inilah dpt kite membalas segale pengorbanan IBUBapa kite..tidak mau kite mengecewakan mereka.. .pasti kalian mampu merubah perjalanan yg INDAH.
Dengan demikian, di sini Z ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. 
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, kalin akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? 
 AMALKAN SOLAT HAJAT & TAHAJUD WAKTU MALAM AGAR MEMOHON REDHANYE DAN KEBERKATANNYE UNTUK DUNIA @ AKHIRAT..Amin Ya Rabbal Alamin..

Monday, 3 October 2011

PERJALANAN HIDUP KITA MASEH JAUH!! Long Journey!!

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM..
Salam Kemesraan Buat Semua Teman2, mau yang jauh atau yg dekat..muga kite semua dberkahi ILLAHI..

LAME sudah tidak Z coretkan untuk tatapan semua teman2..Tirai "Syawal" telah melabuhkn tirai buat semua teman2 dn rakan2 islam kite yg lain datas menyambut kemenangan kite setelah sebulan berpuasa dlm mencari KERDHAAN ALLAH SWT..walau pon SYAWAL telah meninggalkan kite..tentu byk pengajaran dn pengamatan yg dperolehi pabila jiwa mendekati ILLAHI utk kesempurnaan dlm syiar ISLAM sejati..Pada yg telah pergi meninggalkn alam dunia dlm waktu kite bergembira dsedekahkn AL_FATIHAH muga bersame2 hamba2nye yg beriman..AMeen..
INGATKAH teman2 saudara/saudari maseh jauh lagi perjalanan kite sebagai hambanye dlm mengharungi onak duri, pujuk rayu dlm dunia utk kite menempoh kehidupan harian kite..dkongsikan petikan Al-Quran Qareem..Firman Allah : "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?" (An-Nisa' : 78)..RENUNGAN BESAME utk Z dn teman2 yg ALLAH SWT kasihi.. .AMeen


Dalam firmannye lagi.. .
Allah mengajarkan kepada kita dalam firmanNya (yang artinya):“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” (QS al-‘Ashr [103]: 1-3)
Maseh jauh perjalanan kite dlm menghadapi liku2 dn saki baki penghidupan kite..suke sy ingatkan agar kite panjatkan doa mohon kepada teman2 kite yg jauh dari mendalami ilmu ALLAH SWT agar tebuka jiwa dn minda dlm menjejaki ISLAM demi keindahan diri, dunia dn akhirat..Biarlah dalam kite menempohi ujian dn menjejaki onak ranjau perjalanan hidup ini biar seiring hati dgn cahaya islam yg benar2 agar perjalanan hidup kite dberkati dn dredhai ILLAHI..sesungguhnye ALLAH SWT lebih mengetahui dsebalik setiap perjalanan semalam maupon akan datang..dgn setiap lelahan dn kepayahan yg kite tempoh dpt kite dlindunginye agar dgandakan pahala dn perjalanan itu lebih indah dgn MAHA PENGASIH dn MAHA PENYAYANG..sengaje Z coretkn buat perkongsiaan bersame utk diri Z sendiri maupon teman2 semua..Ketahuilah, perjalanan hirup ini lebih indah dn sempurna andai kite mengenali siapa diri kite dn asal usul kejadian kite..insyaALLAH..
"sesungguhnye yg INDAH drnye yg ESA, dn yg burok dari tutur bicara Z sendiri" ..
 Wallahualam..

Monday, 5 September 2011

Salam Eidul Fitri..Minal Aidil Wal Faidzin..Maaf Lahir & Batin 1432H

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM
Berpuase Alhamdulillah..Beraye Pon Sudah Dkampung.. .Betemu Sanak Saudara Pohon Ampon & Maaf.. .
Wahai Rakan2/Pengunjung2 blogku.. .ku rasekn tidak telewat lagi utk aku menghulurkn salam kemaafan andai ade penulisan yg dposting ade mengugat ketidak selesaan buat kalian..niat dhati bukan utk menyakiti tetapi sekadar DIKONGSIKN buat tatapan besame.. .Dengan keindahan Cahaya Syawal yg maseh lagi kite menafaskannye.. .terpanggil dari sudut kecil jiwaku yg penoh dgn ketulusan utk menghulurkan Salam datas kesilapan khilaf dalam beblog..terguris hati dlm stiap isu yg dbawak..tebalit luka dlm penyusunan kate2..tersinggung rase dlmku memetik isu yg dkupas dari mule hingga kini ke beblog dlm penulisan lampau..Ku menyusun jari memohon kemaafan dlm bulan yg penoh hikmah Nur Syawal 1432 inie..Semuga Ramadhan lalu dpt menginsafkn kite utk terus mengorak langkah kedepan dgn penoh Istiqomah dgn 1 DOA & 1 TUJUAN dlm kite menjejak KEREDHAAN ILLAHI ROBBI.. InsyaAllah..

Thursday, 25 August 2011

DITUJUKAN BUAT TEMAN2 & DIRI SENDIRI.. . Renung Sejenak!!

DI ANDAIKAN RAMADHAN INI TERAKHIR BUAT KITE,FAMILI,SAUDARA MARA, KENALAN SAHABAT HANDAI, BUAT SAUDARA2 MUSLIMIN & MUSLIMAT..
SEKADAR UNTUK DIKONGSIKAN..KITE SESAME UMAT INGAT MENGINGATI!!