DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA MENGASIHANI..
BEREPELUANGKAH KITE MERASE NIKMAT CAHAYA LAILATULQADAR?
Malam tadi jam 12mlm aku dpt merasekn kelainan dr malam2 yg lain..pabila aku pulang dari rumah IBUku tersyg..suasana sungguh dingin tenang & sempurna andai dbezakn hari2 seblomnye..pabilaku merenung donggak kelangit seluruh badanku meremang merasekan ade sesuatu dlangit yg terbentang luas..adekah ini ciri2nye kehadiran mlm yg penoh KEINDAHAN sejuta malam rahmat..lantas sampai drumah aku mengangkat wuduk mencapai Al-Quran kerna kesempurnaan mlm tadi puase yg-ke23 dgn penoh kesediaan aku membaca surah AL-WaQiah utk menyatakan bahawa Qiamat itu pasti wujud akan kebesaran2nye yg ESA..pipiku dbasahi airmata yg gugur dr kelopak mata..sempatku terkenang akan dosa2 yg aku lakukn samaada sengaja atau sebaliknye..jam menunjukkn 1pagi, terase mataku berat dn bebaring sebentar utk aku tidur sejenak dgn niat bangun dr lena aku dpt melaksanakan solat TAHAJUD..oleh dik kerana keletihan niat x kesampaian dn aku kelewatan bangun dari sahur..hanye mampu berniat ke atas buah tamar utk djadikn zat yang mampu menahan aku dr dahaga dn lapar seharian..suasana dluar sungguh sunyi dn tenang..dlm jam 630am hujan membasahi bumi dsekitar bandar Bandar Putri, Klang..PAgi inie sepanjang perjalananku hingga waktu inie 10.35am matahari tidak seterik hari2 yg biase..suasana sejuk dn dingin mengingatkan lagi 70,000.00 Malaikat dari Sidratul Muntaha yg turun dan akan naik semula kelangit..MASYAALLAH..berikut dkongsikan insan yg dberi kebesarannye utk kite kongsikan menjadi panduan dn pegangan buat kite yg mengharapkan KEINDAHAN CAHAYA LAILATULQADAR..InsyaALLAH.. .
Artikel (MY METRO)..Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita.. bulan yang penuh barakah dan bulan yang dimuliakan Allah. Alangkah bertuah dan beruntunglah mereka yang telah memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini dan teramat beruntunglah mereka yang dapat bertemu dan ‘berjumpa’ dengan malam lailatulqadar kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar menyamai ibadah beriktikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun bagi orang yang beramal pada malam itu.
Inilah yang dilalui insan bernama Muhammad Khusairi Abdullah, antara manusia terpilih yang mendapat peluang menikmati malam istimewa itu. Dia yang dahulunya dikenali sebagai Tony a/k Luang mulanya tidak percaya Allah memilihnya antara insan pilihan untuk bertemu malam agung berkenaan.
“Tidak dapat digambarkan betapa gembira dan terharunya apabila mengenang semula peristiwa malam 27 Ramadan 2001.
“Apa yang pasti ia bukan seperti malam-malam yang lain kerana saya sendiri dapat merasakan ketenangannya."
“Ketika itu, saya baru balik dari surau kira-kira jam 1.30 pagi selepas selesai bertadarus al-Quran. Keadaan terasa dingin dan pokok seperti jatuh atas jalan"
“Suasana malam itu agak selesa, tidak terlalu terang atau gelap-gelita, tetapi ia agak berbeza berbanding malam-malam sebelum itu,” katanya.
Katanya, perasaan tenang dan seronok bermula ketika dia bersolat Maghrib dan Isyak.
“Suasana malam itu agak selesa, tidak terlalu terang atau gelap-gelita, tetapi ia agak berbeza berbanding malam-malam sebelum itu,” katanya.
Katanya, perasaan tenang dan seronok bermula ketika dia bersolat Maghrib dan Isyak.
“Itulah gambaran kehebatan malam terbabit dan saya bersyukur menjadi antara insan yang dikurniakan kekuatan dan keazaman untuk terus beribadat.
“Saya tidak merasa penat, malah terus bersemangat. Imam yang memimpin solat kami adalah seorang hafiz yang sangat baik bacaannya,” katanya.
Melihat suasana malam yang amat berlainan itu, mulutnya dengan mudah mengungkapkan bacaan tasbih dan istighfar.
“Sepanjang jalan saya menangis kerana terlalu gembira dapat bertemu malam yang ditunggu-tunggu umat Islam."
“Apabila sampai di rumah, hati terasa lapang dan tenang melihat isteri dan anak-anak. Saya kejutkan isteri untuk solat sunat berjemaah,” katanya.
Muhammad Khusairi berkata selepas menunaikan solat sunat berjemaah, dia sempat tidur sebelum dikejutkan mimpi seperti ada orang memberi salam.
“Saya terjaga dan ketika itu isteri sedang menyiapkan juadah bersahur. Lalu, saya menunaikan solat taubat."
“Selepas memeluk Islam pada 1997, saya menyimpan keinginan menjadi pendakwah. Syukur, ia menjadi kenyataan dan inilah panji yang akan saya bawa sehingga akhir hayat,” katanya.
Menurutnya, sesiapa pun berpeluang mendapat lailatulqadar jika melaksanakan ibadat bersungguh-sungguh.
“Jika kita menjaga solat lima waktu dengan sempurna, insya-Allah peluang menemui lailatulqadar tetap ada."
“Hati juga perlu bersih dan ikhlas dalam setiap amalan yang dilakukan,” katanya.
Pengalaman menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 2001 juga meninggalkan kenangan abadi kerana berpeluang melihat Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam buat pertama kali.
“Macam tidak percaya melihat rumah Allah di hadapan mata, malah saya dapat mencium Hajar Aswad dan mandi di bawah cucuran dari Kaabah,” katanya.
Bercerita latar belakangnya sebelum memeluk Islam, katanya, dulu hatinya cepat panas dan telinganya tidak dapat menahan apabila mendengar mengenai Islam.
“Saya selalu memperlekehkan amal ibadat umat Islam kepada teman-teman beragama Islam.
“Saya tanya mereka mengapa solat sehingga lima kali sehari, kerap mengambil wuduk, melaungkan azan yang bising dan aurat wanita."
“Dalam agama saya dulu, kami bersembahyang sekali dalam seminggu, berpeluang bertemu wanita cantik di gereja dan selepas itu keluar berseronok. Itulah rutin hidup saya."
“Saya pernah berdebat dengan seorang teman Islam dari Kelantan sehingga tiga hari."
“Menariknya, banyak persoalan dibangkitkan dipatahkan teman itu,” katanya yang beberapa kali mengalami mimpi pelik.
Selepas mengucap dua kalimah syahadat pada 1997, kehidupannya sebagai Muslim memberi pengalaman baru yang tidak pernah dilalui sebelum ini.
“Selepas memeluk Islam, keseluruhan hidup saya berubah kerana seperti disisihkan teman-teman."
“Apabila keluarga kandung tahu saya memeluk Islam, bapa saudara mengugut membunuh saya."
“Saya tidak pulang ke kampung selama setahun kerana bimbang dengan ancaman bunuh itu, tetapi apabila diceritakan kepada seorang ustaz, dia menyakinkan saya jangan takut jika saya ikhlas."
“Jadi, saya ambil keputusan balik kampung, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” katanya.
Ciri2 Malam Lailatulqadar
> Imam Hasan al-Basri, berkata antara tanda malam lailatulqadar ialah suasana malamnya tenang, damai, tenteram, tidak panas dan tidak terlalu dingin.
> Air laut juga kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak dan matahari terbit pada keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup.
> Dalam Sahih Muslim dinyatakan bahawa pada malam lailatulqadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi.
> Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung.
> Malaikat akan naik semula ke langit secara serentak dengan sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.
> Sesiapa yang menyedari tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan berdoa sepanjang hari sebagaimana ketekunan ibadahnya di malam hari.
> Malam lailatulqadar adalah malam yang penuh rahsia. Hanya Allah mengetahui bila ia terjadi. Rasulullah sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beriktikaf di malam lailatulqadar.
Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)
> Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa: “Allah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.”
> Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari)
> Gandakan ibadat pada malam ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29.
> Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan Ali bin Abu Talib.
"Sesungguhnya Rasulullah membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat): ‘Ya Allah Sesungguhnya aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada segala kemurkaan-Mu. Aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat-Mu yang tidak terhitung segala nikmat dan belas kasihan yang Engkau berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-Mu seperti mana pujian yang layak bagi Zat-Mu.’” (Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad)
> Umat Islam dianjurkan berdoa sebagaimana dikhabarkan daripada Aishah: “Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada lailatulqadar apakah yang sepatutnya aku ucapkan?”
Bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: “Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbu al-afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku).’” (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah).
SEMUGA KITA SEMUA DAPAT MENIKMATI CAHAYA LAILATUL QADAR ITU,,,
AMIN YA ROBBAL ALAMIN