Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Terima Seadenye

Wednesday, 20 July 2011

PEOPLE CRYING..menangis PEOPLE SAD..sedih

BISMILAHIRAHMANIRAHIM.. .
Sad Hearts @ Tears Flow.. .





















                                     NO BODY IN THE WORLD PERFECT!!! -shared4Uall-

ERTI KESEDIHAN DALAM TANGISAN DIPELBAGAIKAN

                                                     Bismilahirahmanirahim..
                                NILAI SEBUAH TANGISAN


Tangisan searti kate Menangis..Hamba percaya tiada sape boleh menafikan ianye tidak pernah menitiskan airmata dari kelopak matenye sendiri..Hati kite tetap merintih sedih dalam ape jua situasi..Tangisan akan berlalu jika situasi itu drubah sebaliknye.. .kepelbagaian arti kate tangisan boleh dterjemahkan oleh sesape saje yg mengalami situasi sedih, gembira dll lagi yg bisa membuat airmata mengalir membasahi pipi.. .disini suke jugak dkongsikan ape yg terdetik dsebenak jiwa naluriku utk dperdengarkan..terima kaseh kerna sudi meluangkan same utk singgah merenung ape yg dmaksudkan.. .CONTOH:- Ayuh kita imbas kembali zaman bayi yang dilalui oleh kita semua. Bayi yang lahir secara fitrahnya tidak pernah berputus asa, meskipun acapkali terjatuh apabila cuba bertatih, bayi-bayi ini masih lagi bersemangat untuk bangkit semula dan terus berjalan. Dan kini, bayi yang kerap jatuh bangun itu telah berjaya menjadi seorang manusia dewasa. Apakah yang akan terjadi sekiranya bayi-bayi ini berputus asa sejak kecil? Allah telah memberikan begitu banyak contoh dan teladan melalui alam semulajadi yang boleh kita jadikan iktibar. Semuanya terpulang kepada kita semua untuk mengambil masa dan berfikir sejenak tentang keajaiban yang kita lalui selama ini. Semoga Allah sentiasa menjaga hati kita agar sentiasa berfikiran positif terhadap ujian yang diberikan, respond dengan cara bersabar dan tidak cepat berputus asa, insyaAllah.Wallahualam.. .

Erti Sebuah Tangisan!!

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendo nggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,

“Manis sungguh air ini.”

Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

“Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan . Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan. Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus. kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.

(riwayat dari Salman al Faarisi) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.” sampaikanlah walau satu ayat” al hadis -DIKONGSIKAN-

KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI CIPTAAN ALLAH SWT YANG AGUNG!

Bismilahirahmanirahim..

Sesungguhnya Tuhan Kamu Adalah Allah SWT yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa..


BERSYUKUR yang tidak terhingga padanya ILLAHI dgn kurniaan alam yang tersergam INDAH tanda2 kebesaranmu Ya ALLAH SWT..sungguh hambamu inie bertuah kerna menumpang keindahan alam ini yang sungguh sempurna penoh dgn keindahan yang KEKAL..sehingga kini hambamu inie dapat merasai n menikmati keindahan alam yang sungguh memukau hati pada sape2 hamba2mu yang tau menilai ciptaanmu inie..dari langit yang membiru..hutan2 n gunung ganang yg kehijauan berserta deruman ombak n desiran air terjun berserta KEAJAIBAN angkasa yang sungguh2 menakjubkan..ALhamdulilah umor hambamu inie maseh panjang lagi utk menikmati panorama keindahan alam ciptaanmu..Engkau (ALLAH SWT) yang menjadikan segala2 kejadian Alam inie..Sesunggunye..hambamu inie memohon agar dberikan ku perlindungan..beserta rakan2ku yang lain agar dberikan penghidupan alam ciptaanmu dgn KESEMPURNAAN & KEINDAHAN DUNIA jua AKHIRATMU.. .Subhanallah..Ameen.. ;)

Allah SWT yang melahirkan Langit & Bumi

Di dalam ayat yang lain, Allah tahu semua yang keluar atau masuk ke bumi dan semua yang turun atau naik ke langit. Setiap amalan baik atau tidak baik dibawa malaikat naik ke langit untuk dipersembahkan kepada Allah. Rezeki dan hujan pula diturunkan oleh malaikat dari langit.

Al-Hadid [4] Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Allah mencipta langit dan bumi, semua makhluk tanpa contoh dan tanpa membuat ‘draft’ terlebih dahulu, ia terus menjadi:-

Al-Baqarah [117] Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.
Al-Anam [101] (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Ulama berbeza pendapat tentang tempoh penciptaan bumi dalam enam masa. Ada yang mengatakan 6 hari, ada mengatakan 6 zaman dan ada yang mengatakan 6,000 tahun kerana di Padang Mahsyar 1 hari di sana sama dengan 1000 tahun di sini.

Langit dan bumi terdiri dari 7 lapisan.

An-Naba [12] Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
At-Talaq [12] Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;

Setiap lapisan langit terdiri dari pelbagai bahan logam. Bukti langit berlogam:-

Maryam [90] Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.[91] Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak
Diceritakan langit juga boleh dilipat-lipat:

Al-Anbiya [104] (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

SEMUANYE TELAH DIBUKTIKAN DALAM KEBESARAN AL-QURAN..NAUZUBILLAH.. .