Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Terima Seadenye

Wednesday 3 August 2011

INGATKAH kite pada Anak2 Yatim??

بسم الله الرحمن الرحيم




Same2 Kite Selami Jiwa dalam Kesedihan..Keperitan..dahaga Kasih Sayang..



Mari berkongsikan ape yg tika inie Z rasekan..terpanggil dr sudut kecil hati Z utk same2 teman2 yg tedetik utk singgah menghayati ape yg seharusnye cube kite selami akan tajuk datas..(pujian bagi yg singgah).Bile aje kite sebut anak yatim pasti hati sejenak terkenang akan raut2 wajah mereka yang memerlukan belaian n kasih mesra dari seorang yg bernama IBU & AYAH..Z percaya dkalangan kite atau anak2 yatim inie tidak maukan perjalanan hidup mereka dgn ketiadaan AYAH & IBU dsisi mereka sewaktu menginjak usia..bile kite ratapi air mata mereka mungkin ade dkalangan anak2 yatim itu ade pertalian dekat maupon jauh dr keluarga kite maupon sebaliknye..mereka tidak mau ape2 selain hanye mengharap Kasih Sayang yg tulus hati dkalangan kite maupon dsekeliling mereka..PAHALAnye terhadap anak2 yatim nie x usah la kite nafikan akan ganjaran yg seindah dlm kite tulus hati mencurahkan kasih sayang kite pd mereka..apatah lagi dlm kite menyambut RAMADHAN n raye EIDULFITRI yg akan menjelang nanti, jgn dlupe pd mereka yg memerlukan agar mereka dapat menikmati ape yg kite rasai..semua manusia, Z, teman2 inginkan kesederhanan dlm berhari raye..anak2 yatim inie jugak mempunyai bahagian dbahagiakan dgn ape jua cara yg kite mampu daya..yang pasti KETULUSAN IKHLAS kite dalam mencurahkan sesuatu pada mereka.."percayalah teman2..doa2 mereka amat tinggi dsisi ALLAH SWT..kite tak tau..mungkin kite tidak..tp bagaimana anak2 kite, kenalan2 kite atau yg lain2 terpaksa menjalani kehidupan tidak berayah tiada beribu..muga dapat la Z kongsikan sedikit cetusan hati yg tekait dhati naluri Z..dgn hati yg satu..mari la sama2 mengasihi anak yatim banyak kebaikannya dn kesempurnaan.Allah SWT akan menghantar keberkatan kepada kite yang pengasih itu tanpa diduga punck rezekinye.Hanya sekadar menyentuh lembut kepala anak yatim, pahalanya sudah cukup besar. Apatah lagi mengambil anak itu sebagai anak sendiri, membesarkannya dengan limpahan kasih sayang, memberikannya pelajaran duniawi dan ukhrawi…masya-Allah! Umpama mendapat segunung emas layaknya! Cuma, disebabkan kita tidak nampak pahala tersebut, juga hati buta untuk memilih jalan yang baik, ataupun sebenarnya tak ambil endah tentang takdir yang dilalui anak  tersebut, maka ada yang sanggup berkasar, mengherdik atau tidak peduli akan anak yatim yang ada dsekeliling kite..AstagfirullahAladzim..

JANGANLAH DSAKITI ATAU DHINA..(TAZKIRAH)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : 
" Jangan demikian, sebenarnya kata -kata kamu itu salah. Bahkan perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana kamu tidak memuliakan anak yatim, malah kamu menahan napa yang ia berhak menerimanya."
" Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin"
Surah Al Fajr : 17 - 18 ( Tafsir pimpinan Rahman)
Ayat menguraikan penyakit jiwa yang melanda manusia penderita kemarau iman. Mereka ego dan hanya mementingkan diri mereka sendiri, dan tidak mempunyai belas kasihan. Mereka telah terkena virus penyakit pelit.Allah telah menganugerahkan mereka harta yang melimpah ruah, tetapi mereka tidak mau peduli dengan masyarakat sekeliling. Termasuk menolong anak yatim dan memperlakukannya dengan baik. Padahal Rasul SAW bersabda " Rumah yang paling disukai oleh Allah adalah rumah yang memuliakan anak yatim".
Ahli Tafsir , Muqatil mengatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Qudamah ibnu Maz'un seorang anak yatim yang berada dalam asuhan Umayyah bin Khalaf.

2. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
" Maka adapun anak yatim itu, maka janganlah kamu hinakan ( Ad - Dhuha : 9 )
Oleh sebab itu engkau telah merasai nkenyataan itu dan Allah sendiri yang yang menanamkan kasih sayang kepada pengasuh - pengasuhmu diwaktu engkau kecil maka hendaklah engkau tunjukkan pula kasih sayang kepada anak - anak yatim , janganlah engkau bersikap keras dengan mereka , jangan mereka dipandang hina. Tanamkanlah perasaan kepada anak - anak yatim itu bahawa mereka dibela, dibelai dan dikasihi. Harta benda mereka hendaklan terjamin sampai mereka dewasa.

3. Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Tahukah engkau siapakah orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menolak anak yatim" ( Al Ma'un : 1-2)
Apabila Allah memulai ayat dengan sesuatu pertanyaan, itu bererti menyuruh kepada rasul agar hal itu diperhatikan dnegan lebih bersunggu - sungguh. Kerana kalau tidak dijelaskan dengan gaya bahasa seperti ini ( istifham) , orang menyangka bahawa menduskan agama hanyalah tidak mau percaya kepada Agama Islam . Ertinya , kalau sudah solat dan puasa misalnya , maka dia tidak dianggap mendustakan agama.
Denga ayat ini jelas bahawa menolak anak yatim adalah mendustakan agama yang sangat tercela. Kata "Yadu'u"dalam ayat tersebut bererti menolak iaitu menolak dengan tangan bila dia mendekat.
Pemakaian kata " yadu'u" tersebut menunjukkan sangat benci . Rasa tidak senang , rasa jijik dan tidak boleh mendekat . kalau dia cuba mendekat maka ditolakkan agar dia jatuh. Dengan demikian bahawa orang yang membenci anak yatim adalah orang yang mendustakan agama, walaupun dia beribadat. Kerana rasa benci , sombong dan bakhil tidak boleh ada dalam jiwa yang mengaku beragama.NAUZUBILLAH..

Sayangi..Kasihi..Jiwai..Rindui..Manjai..Belaian..same2.. .
menyayangi ANAK2 YATIM ganjarannye PAHALA..Ameen

SYAITAN DIIKAT!! Nape Maseh Ade Lagi Gangguan Ramadhan Nie??

BISMILAHIRAHMANIRAHIM


GANGGUAN MACAM MANER dari JIN n QARIN atau NAFSU??

Berdasarkan riwayat Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”

dbawah dceritakan perbezaan di antara jin dan syaitan (memang terdapat kefahaman yang berbeza di kalangan ulama').

Dari kefahaman saya, syaitan di tambat/diikat pada suatu tempat yang merata2 yang tidak kita ketahui. Pergerakan syaitan2 ini diikat/dihadkan pergerakan, supaya mudah untuk kita beribadat di bulan puasa. Namun, jika kita berada hampir dengan tempat syaitan2 itu diikat, syaitan2 tersebut masih boleh menghasut/mengganggu/membisikkan dsbgnya....ianya cuma ditambat! Seperti seekor anjing yang diikat oleh tuannya, anjing tersebut masih boleh menyalak, kalau kita menghampiri anjing tersebut, tentunya kita boleh digigit.

Itu tentang syaitan, jin pula masih bergerak bebas dengan aktiviti sehariannya. Ada jin yang Islam ada yang kafir. Ada yang baik, ada yang suka mengganggu....macam budak2 nakal juga!

Dari penerangan di atas, saya harap kekeliruan teman pengunjung sedikit terungkai...
kenapa masih ada gangguan di bulan Ramadhan!




Ketahui..Ape Bezanye Syaitan & Jin??

"Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Ustaz Haji Ahmad Sarwat, saya mengenali Iblis sebagai dahulunya seorang alim yang taat dan dekat kepada Allah, sehinggalah apabila Iblis diminta sujud kepada Nabi Adam, maka Iblis pun menjadi derhaka kerana sombong akan sifat kejadiannya. Kasih sayang Allah SWT dapat dilihat, di mana kerana Iblis itu juga pernah patuh kepada perintah-Nya dahulu, maka Allah memberi tangguh akan ajalnya si Iblis, supaya Iblis dapat hidup hingga ke hari kiamat. Syaitan itu adalah label. Syaitan boleh jadi jin, boleh jadi juga manusia. Kerjanya menyuruh manusia melakukan kejahatan."

Nama Jin, Syaitan dan Iblis itu kadangkala mengelirukan kerana sifat kaumnya, tetapi setiap satunya memiliki perbezaan dari segi maksudnya.

Jin

Di dalam Al Quran, Allah SWT ada menyebut beberapa kali mengenai jin, sehinggakan ada surah yang khusus untuk bangsa ini iaitu Al-Jin.

Jin diciptakan oleh Allah SWT dari api.
Allah SWT menerangkan bahawa jin itu diciptakan daripada api yang sangat panas, juga disebutkan terbuat daripada nyala api.

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum daripada api yang sangat panas.(Al Quran, Surah Al-Hijr: 27)

Dan Dia menciptakan jin daripada nyala api.(Al Quran, Surah .Ar-Rahman: 15 )

Jin ada yang muslim dan ada yang tidak

Jin adalah satu bangsa, seperti manusia juga. Jika manusia ada yang muslim dan ada yang kafir. Jin pun ada yang muslim dan ada yang kafir.

Allah SWT berfirman menerusi ayat berikut:

Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. (Al Quran, Surah Al-Jin: 11 )

Contoh jin muslim adalah jin yang menjadi tentara Nabi Sulaiman AS. Sebagaimana diterangkan di dalam Al-Quran:

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas. (Al Quran, Surah An-Naml: 17 )

Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair daripada tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian daripada jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa daripada jin itu yang menyeleweng daripada perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka. (Al Quran, Surah Saba': 12 )

Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang seperti kolam dan periuk yang tetap. Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur. Dan sedikit sekali daripada hamba-hambaKu yang berterima kasih. (Al Quran, Surah Saba': 13)

Syaitan



Menurut Al-Quran, syaitan adalah makhluk yang kerjanya mengajak manusia berbuat jahat dan berbohong.

Mengajak kepada Perbuatan Keji


Firman Allah SWT:

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 169)

Syaitan adalah Musuh Manusia (satu label terhadap manusia atau jin)
Allah SWT telah menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 208)

Memberi Janji dan Angan-angan Kosong
Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia.

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipuan belaka. (Al Quran, Surah An-Nisa: 120 )

Manusia pun ada yang Syaitan Juga
Namun Syaitan itu tidak terbatas kepada jenis makhluk halus/jin sahaja, melainkan manusia pun ada yang dikategorikan sebagai syaitan. Dan Al-Quran juga menyebut-nyebut tentang manusia yang menjadi syaitan itu:

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (Al Quran, Surah Al-Anam: 112)

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia. (Al Quran, Surah An-Naas: 1-6 )

Iblis


Sedangkan Iblis adalah makhluk derhaka yang jenisnya adalah jin, bukan jenis manusia. Al-Quran secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah daripada jenis jin.

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan-keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. (Al Quran, Surah Al-Kahfi: 50)

Jadi boleh dikatakan bahawa Iblis itu adalah seorang oknum yang berjenis jin. Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah SWT, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mahu diperintahkan untuk bersujud kepada Adam, manusia pertama.

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 34)

Motivasi yang menghalangi si Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah sifat sombong dan riak. Dia merasa dirinya jauh lebih baik daripada Adam. Allah berfirman:

"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud pada waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis, "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah." (Al Quran, Surah Al-Araf: 12 )

Ciri yang paling utama daripada Iblis adalah dia kekal hidup hingga ke hari kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah SWT.

Iblis menjawab, "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan." Allah berfirman, "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." (Al Quran, Surah Al-Araf: 14-15)

Iblis berkata, "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan." Allah berfirman, "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya." (Al Quran, Surah Shaad: 79-81 )

Jadi iblis adalah nama seorang jin yang hidup pada masa penciptaan Adam AS. dan tidak mati-mati sampai ke hari ini. Iblis adalah nenek moyang syaitan yang juga mempunyai keturunan, namun keturunannya itu tidak mendapatkan jaminan untuk hidup sampai kiamat. Dan sebagai bangsa jin, ada antara keturunannya itu yang mati. Meski barangkali usianya berbeza dengan rata-rata manusia. Tetapi tetap akan mati juga. Kecuali nenek moyang mereka iaitu Iblis.

Rujukan:
Disusun dan disunting semula oleh Amiene Rev berdasarkan keterangan Ustaz Haji Ahmad Sarwat, Indonesia, yang disiarkan menerusi laman web www.eramuslim.com.