Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Terima Seadenye

Tuesday 19 July 2011

Sama2 Merungkai Ape Erti 9 Akal dan 1 Nafsu ADAM & HAWA

                                                    Bismilahirahmanirahim.
.

Assalammualaikum WBRT & Salam Ukhwah..terpanggil hamba utk berkongsi n menceritakan dalam hamba menerjah atau melawati isu2 yg sering kite ungkapkan dalam sengaje atau sebaliknye utk dsampaikan kepada yg terlepas pandang mahupon sebaliknye..Isu ini bukan jarang2 kite dengar..bual mulut semua jantina dan dalam rumahtangga jugak menjadi pertikaian antara suami n isteri..dalam kite bertugas ade jugak rakan2 kenalan yg memetik atau mengungkap akan isu dsebut..sudi2 la mengenali dari pandangan ISLAM yang seadenye.. .Wallahualam..

Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.


Sering sekali kita mendengar di kalangan masyarakat kita kata-kata bahawa wanita itu mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Kita tidak pasti dari mana kata-kata ini diambil. Yang pastinya Al-Qur’an dan As-Sunnah tidak menetapkan begitu.

Kata-kata ini seolah-olah menggambarkan bahawa wanita itu kurang 80 peratus akalnya berbanding lelaki padahal ini bukan hakikatnya.

Memang terdapat hadith Nabi saw yang sahih yang menyebut tentang kekurangan akal wanita berbanding lelaki. Nabi saw bersabda dalam hadith dari Abi Sa’eed Al-Khudriyy r.a yang menceritakan : Nabi saw keluar pada hari ‘Iid Al-Adha atau Al-Fitr** ke tempat solat. Kemudian baginda lalu di hadapan para wanita lalu berkata: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kerana sesungguhnya aku melihat bahawa kebanyakan ahli neraka adalah dari kalangan kamu (wanita). Maka para wanita itu bertanya: “Mengapa wahai Rasul Allah,” Nabi saw berkata: “Kamu suka melaknat dan kamu kufur (tidak berterima kasih) kepada suamimu. Aku tidak pernah melihat sesiapa yang lebih kurang akalnya dan agamanya berbanding kamu. Seorang lelaki yang waras boleh dipesongkan oleh kamu.” Maka para wanita itu bertanya: “Apakah kekurangan akal kami dan agama kami wahai Rasul Allah ?” Nabi saw bersabda: “Bukankah kesaksian wanita itu menyamai separuh kesaksian lelaki ?” Maka para wanita itu menjawab: “Ya” Lalu Nabi saw menyambung lagi: “Maka itulah kekurangan akalnya. (Dan) bukankah bila wanita itu datang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa?” “Para wanita menjawab: “Ya.” Maka Nabi saw berkata: Maka itulah kekurangan agamanya.” [Sahih Al-Bukhari, Kitaab Al-Haidh]

Imam Ibn Hajar yang mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa terdapat juga wanita yang lebih pandai berbanding lelaki dan perkara ini kita semua sedia maklum akan kebenarannya.

Malah Allah swt merakamkan kisah pemerintah Saba’ yang merupakan seorang wanita yang bijaksana dalam Suurah An-Naml ayat 22 hingga 44. Para isteri Nabi saw juga adalah tokoh-tokoh yang bijaksana dan mahir dalam hukum-hakam agama. Mereka itu mengajar para sahabat Nabi saw dari kalangan lelaki dan nasihat-nasihat mereka sering diambil oleh Nabi saw dalam pelbagai permasalahan kehidupan.

Mitos bahawa wanita mempunyai hanya satu akal dan sembilan nafsu adalah kata-kata yang tidak ada sumbernya dalam agama ini dan tidak wajar sama-sekali disebarkan.

Wallahua’lam.

** Keadaan tersebut disebut syak rawi dimana perawi hadith tidak pasti sama ada keadaan tersebut berlaku pada hari raya 'Iid Al-Fitr atau 'Iid Al-Adha

0 comments:

Post a Comment