Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Terima Seadenye

Friday 22 July 2011

Erti Sebuah DOSA!! Ape Itu DOSA??

BISMILAHIRAHMANIRAHIM..

Kenali Ape Yang Dimaksudkan DOSA..

Memang semua manusia tidak terlepas dari dosa kecuali para nabi dan rasul kerana mereka bersifat maksum. Para nabi dan rasul juga telah Allah pelihara mereka dari melakukan maksiat. Allah juga telah menutup pintu syaitan kepada para nabi dan rasul contoh kisah Nabi Muhammad S.A.W yang telah dibelah dadanya oleh Jibrail untuk membuang darah hitam dalam hati dan dibasuh dengan air zam-zam. Manusia akan dihukum kerana melakukan maksiat tetapi apabila kita selidiki salah satu sifat Allah iaitu At-Tawwab(Maha Penerima Taubat), maka orang Islam digalakkan bertaubat seorang Allah menutup pintu2 taubatNya iaitu apabila matahari terbit di barat.

Allah tidak mengklasifikasikan tentang dosa besar dan dosa kecil dalam Al-Quran, tetapi pengkelasan dosa dibuat dengan sepakat ulama(ijmak ulamak). Salah satu cara untuk mengetahui samada dosa besar atau kecil ialah, apabila kita membaca Al-Quran ada ayat yang mengatakan bahawa Allah melaknat perbuatan tersebut, ulama mengatakan itulah dosa besar.

Untuk membersihkan dosa besar, kita diwajibkan bertaubat kepada Allah dan menyesal dengan perbuatan itu. Manakala ada hadis mengatakan bahawa dosa kecil boleh gugur dengan bersolat, berwuduk, dan juga melakukan perkara kebajikan. Wallahu'alam... 

**********************************************************************************
Sedikit Pengertian dosa dalam Islam ialah :

Balasan buruk kerana tidak patuh kepada perintah Allah swt dan melanggar larangan-Nya

Sebab-sebab mendorong kearah melakukan dosa:

a. Kejahilan mereka tentang ajaran agama sehingga tidak dpt membezakan yang hak(benar) dgn batil (salah).
b. Dipengaruhi oleh nafsu.
c. Tidak mempercayai hari pembalasan dan hari kebangkitan semula yang akan membalas setiap perlakuan manusia semasa di dunia
d. Kesempitan hidup seperti kemiskinan.
e. Tamak haloba terhadap harta benda dan kuasa.

Dosa terbahagi kepada 2 iaitu Dosa Besar dan Dosa Kecil

a. Dosa Besar

Kesalahan yang diberikan amaran azab yang keras oleh Allah swt di akhirat seperti derhaka terhadap ibu bapa dan diperuntukkan hukuman tertentu di dunia seperti membunuh.

b. Dosa Kecil

Kesalahan yang tidak diberikan amaran azab yang keras  di akhirat dan tidak diperuntukkan hukuman tertentu di dunia seperti melihat aurat orang yang bukan muhrim.

Akibat dari dosa
1. Masyarakat akan berada dalam kemunduran, kesesatan, dan lemah jika sebahagian besar masyarakat terdedah dengan dosa.
2. Kehidupan seseorang yang melakukan dosa  diselubungi ketakutan dan kebimbangan.
3. Tidak akan dipandang mulia oleh masyarakat.

petikan dr sumber Adzia90

Semoga mendapat hidayah-NYA..ameen..

0 comments:

Post a Comment